Wednesday, March 5, 2008

Harga Emas pada tahun 2008

Dipetik dari: http://24tujuh.com/archives/81

Aku nak keep this post short and simple dan nak juga share dengan korang sebuah artikel yang mengandungi info dari lebih dari 40 pakar ekonomi yang memberi kita sikit gambaran tentang apa yang boleh kita expect dari harga emas dalam tahun 2008. Aku rasa harga emas akan melebihi USD1000 per ounce pada tahun 2008. Hari ini, harga emas USD$827.80. Ada lebih dari 20% keuntungan kalau harga emas mencecah USD1000. Hmmm……

Emas berada dalam kategori commodities dan harga commodity lain seperti copper, lead dan minyak pun semakin meningkat. Aku rasa, harga minyak pun akan melebihi US$100 per satu barrel pada tahun 2008. Sekarang je harga minyak dah mencecah USD97.32 per barrel. Lihat je report ni: Oil Nears New Record. (Report ni juga memberitahu Mantan Perdana Menteri Pakistan Benazir Bhutto baru sahaja pulang ke hadrat illahi akibat serangan nekad ke atasnya. Mari kita doakan yang terbaik untuk Encik Benazir dan juga rakyat Pakistan. Amin.)

Ini semua akan mempunyai akibat kepada kita. Ini bermakna harga beli barang keperluan kita di NTUC dan di pasar akan meningkat sekali. Kenapa eh? Korang nak tahu? Pasal semua perniagaan menggunakan minyak. Harga transportasi akan meningkat kerana harga minyak naik dan ikan-ikan kat pasar nak sampai kat pasar terdekat rumah korang pun perlukan transport. Betul tak? Semua syarikat dan rumah perlukan elektrik dan elektrik juga dihasilkan dengan pembakaran fossil fuel, iaitu minyak. Senang cakap, hampir semua benda dalam hidup kita ni ada kena mengena dengan minyak. By products minyak juga diperlukan untuk membuat plastik dan bermacam-macam lagi bahan yang digunakan setiap hari.

Jadi, aku rasa kita perlulah lebih berjimat dan menggunakan duit yang kita simpan itu untuk melawan kenaikkan inflasi dan kenaikkan harga semua barang-barang di sekeliling kita. Bagi investor yang savvy, mereka akan melaburkan duit mereka ke arah asset yang dapat melawan kenaikkan harga barang secara purata atau lebih dikenali sebagai inflasi dengan mendapat pulangan dari asset-asset mereka. Jadi, kalau inflasi pada tahun ini 5%, mereka akan cuba mendapat pulangan at least 10%, jadi dengan penolakkan 5% oleh kerana inflasi, yang lagi 5% tu, keuntungan merekalah.

Ok, ini dia artikel yang aku nak share dengan korang. Who Expects 4 Digit Gold? Bacalah, apa pakar-pakar ekonomi dari syarikat terkemuka seperti Bloomberg dan Merril Lynch katakan tentang harga emas pada tahun-tahun yang akan datang.

Satu cara untuk melabur dalam emas adalah dengan membuka account di UOB, iaitu Gold Account. Mereka juga membenarkan korang membuka silver account. Pergilah ke branch UOB dan tanya dorang tentang account ni dan buatlah keputusan selepas tu sama ada pelaburan dalam emas sesuai untuk korang atau tidak.

Semoga berjaya dalam pelaburan korang semua k!

-Ahakz-

No comments: