Selaku Pengerusi Asas 50 Singapura, Saudara Mohd Raman Daud banyak terlibat dengan aktiviti budaya dan kebajikan masyarakat Melayu di Singapura. Beliau mengatakan bahawa masyarakat Melayu adalah kumpulan minoriti yang paling tercabar dengan gelombang globalisasi terutama pada aspek pekerjaan, fahaman, sosial dan pendidikan.
Pekerjaan –
Fahaman- Sejak berlakunya peristiwa serangan 11 September 2001, Singapura amat berjaga-jaga terhadap pengganas kerana hubungan baiknya dengan Amerika Syarikat. Justeru, para pemimpin Islam Singapura mengambil peranan bagi menjaga keharmonian dan kesucian Islam seperti mengeluarkan kenyataan yang mengutuk keganasan serta meluaskan dialog dan rumah terbuka di masjid.
Sosial- Keterbukaan Singapura sebagai
Pendidikan- Pencapaian anak-anak Melayu Singapura telah boleh dibanggakan. Malah dalam ujian Sains dan Matematik sedunia, anak Melayu Singapura muncul antara yang terbaik. Kini, persaingan sengit masyarakat di negara maju memberi impak positif kepada anak-anak Melayu untuk berusaha dan berdikari malahan ramai di antara mereka melanjutkan pengajian di luar negara.
Menurut Saudara Raman lagi, walau bagaimanapun jatidiri orang Melayu masih utuh kerana penggunaan bahasa Melayu dan kegiatan budaya Melayu yang rancak serta pengamalan Islam yang utuh di Singapura.
No comments:
Post a Comment