Saturday, April 26, 2008

Siapa itu Yusof Ishak?

Encik Yusof bin Ishak merupakan Presiden Singapura yang pertama. Beliau dilahirkan pada 12 Ogos 1910. Beliau meninggal pada 23 November 1970 kerana penyakit jantung. Usul asalnya sebenar di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Taiping, Perak. Bapanya, seorang keturunan Minangkabau, berasal daripada Sumatra Barat dan ibunya pula dari Langkat.

Encik Yusof adalah anak sulung antara 9 adik-beradiknya. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Encik Yusof dilantik menjadi Presiden pada 3 Disember 1959. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi Singapura.

Encik Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School di Taiping dan pada 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada 1923, bapanya telah ditempatkan ke Singapura. Encik Yusof,bersama dengan keluarganya, berangkat ke Singapura dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.

Pada 1924 beliau dimasukkan ke sekolah Raffles Institution di mana beliau lulus Sijil Sekolah Cambridge (Cambridge School Certificate) pada 1927 dengan kepujian. Oleh itu, beliau dikurniakan peluang untuk melanjutkan pelajarannya di dalam kelas Queen's Scholarship.

Apabila di sekolah, beliau amat aktif dalam bidang sukan. Di Raffles Institution beliau aktif dalam sukan hoki, kriket, angkat berat dan tinju. Pada 1933 beliau menjadi juara tinju dalam kelas lightweight. Sebagai kadet cemerlang dalam Kor Kadet Sekolah beliau dinaikkan ke pangkat Lieutenant Kedua, pelajar pertama yang menerima jawatan tersebut di Singapura. Beliau juga merupakan ketua murid dan penyunting untuk majalah sekolahnya "Rafflesian".

Semasa Encik Yusof berhijrah ke Singapura, Singapura baru sahaja menandatangani dokumen persetujuan dengan Sir Samford .Pada masa itu, Singapura dijadikan milik Koloni Britsh. Apabila Encik Yusof dilantik sebagai Presiden Singupara, Singapura masih dibawah pengaruh British sehingga Hari Kemerdekaan. Encik Yusof Ishak juga harus mengharugi pelabagai dugaan semasa Perang Dunia Dua. Sewaktu Pendudukan Jepun (1942-1945) Encik Yusof berada di Malaya. Apabila Jepun menyerah kalah, beliau kembali ke Singapura pada 3 September 1945 dan menyambung semula pencetakan Utusan Melayu sebuah akhbar, di mana dia adalah pengarah pertama syaikat tersebut.

Encik Yusof Ishak telah banyak menyumbang kepada Singapura setelah dijadikan Presiden. Sepanjang Encik Yusof menjadi presiden, Singapura berkembang menjadi negara yang moden dan makmur. Dia adalah seorang presiden yang prihatin terhadap kepentingan rakyat dan memastikan keperluan mereka lengkap. Dia berazam untuk memupuk keharmonian dan kesejahteraan antara semua bangsa dan meningkatkan taraf hidup mereka supaya mereka selesa. Dia adil terhadap setiap warga negaranya dan memberi peluang kepada setiap seorang, tidak kira bangsa atau agama. Dia berazam untuk membangunkan Singapura daripada sebuah pulau kepada sebuah metropolis yang moden dan dikenali seluruh dunia.

Encik Yusof Ishak telah banyak meninggalkan kesan kapada semua orang selain saya. Kerja keras dan dedikasi beliau kepada negara, dapat membentangkan asas untuk Singapura maju berkali ganda. Usaha beliau telah mengakibatkan, secara tidak langsung, kemakmuran Singapura pada masa ini. Justeru, impian-impian beliau untuk Singapura telah dikabulkan. Beliau juga merupakan salah satu idola saya. Beliau berjaya dalam hidup dan dilantik sebagai Presiden Singapura walaupun beliau hanya orang biasa yang baru sahaja berhijrah ke Singapura. Ini menunjukkan apa-apa jua boleh dicapai asalkan kita berusaha dengan gigih.

Sebagai pengiktirafan bagi semua sumbangan beliau, potret Encik Yusof Bin Ishak diabadikan pada pecahan-pecahan wang kertas Singapura. Sekolah Menengah Yusof Ishak, telah dinamakan dengan nama beliau. Nama beliau juga digunakan untuk menamakan sebuah jalan raya iaitu ‘Yusof Ishak Boulevard’.

Walaupun Encik Yusof Bin Ishak sudah pergi, beliau masihsegar dalam ingatan warga negaranya yang berjasa.

No comments: