Saturday, April 26, 2008

Success = 1% Talent + 99% Hardwork???

“ Success is one percent talent and 99 percent hard work.”
“Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan.”

Kejayaan itu membawa maksud yang sama seperti kemenangan dan kemajuan. Kejayaan atau kemenangan ini merupakan misi yang setiap insan di muka bumi ini ingin perolehi sebelum mati. Hidup tanpa kejayaan merupakan hidup yang kebanyakan orang fikiran tiada maksud atau arah. Dengan adanya kejayaan di dalam genggaman, kejayaan itu akan membuka pintu kepada pelbagai kemewahan dan peluang. Apabila seseorang itu dikatakan sudah berjaya, dia dianggapkan sebagai orang yang berada, berjawatan tinggi dan hidupnya senang tanpa sembarang gangguan.

Walau bagaimanapun, adalah segolongan orang pandangkan kejayaan itu sekadar mendapat harta benda dan kemewahan hidup. Mereka menganggapkan diri mereka berjaya apabila sesuatu pekerjaan mereka buat mempengaruhi orang lain secara positif. Mereka berjaya mengubah kehidupan seseorang atau sekumpulan orang akibat tindak laku mereka. Contohnya, pekerja sosial sering membantu golongan orang yang bermasalah atau kurang bernasib baik seperti keluarga yang miskin, pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit kronik atau remaja bermasalah. Kerja mereka pula untuk membantu golongan orang ini sedaya upaya untuk menyeleraikan masalah-masalah yang dihadapi . apabila matlamat mereka telah dicapai, baru mereka rasa mereka sudah berjaya kerana mereka berjaya untuk mengubah kehidupan seorang insan atau sekumpulan orang. Jadi, kejayaan bukan sahaja dikira dengan wang ringgit tapi boleh dinilaikan dengan pelbagai cara.

Sebelum kita dapat menikmati laba daripada kejayaan, kita mesti berusaha sesungguhnya untuk mencapai kejayaan. Kejayaannya tidak akan datang begitu sahaja jika kita berduduk diam tanpa mengangkat sebuah jari pun. Kesungguhan atau usaha gigih merupakan fakta utama jika ingin mencapai kejayaan. Kita harus berikhtiar sedaya upaya daripada umur yang muda lagi jika kita ingin menjadi menjadi orang yang berjaya dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Sebuah contoh untuk membuktikan fakta ini adalah guru kita sendiri. Jika mereka tidak bertungkus-lumus belajar dan menimba ilmu sepanjang umur hidup mereka, adakah mereka layak untuk mengajar kita? Akhirnya, kerja keras mereka semasa bersekolah dahulu berbaloi juga. Kini, mereka dapat hidup senang, bergaji yang berpatutan dan dapat nikmati kehidupan mereka. Ini menunjukkan tanpa usaha gigih, kejayaan tidak akan jatuh dalam tangan kamu. Sebab itu , kata perangsang tersebut “Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan” menunjukkan bahawa kesungguhan merupakan keperluan asas dan paling penting jika ingin mencapai kejayaan.

Kesungguhan memang penting, tetapi tanpa sedikit bakat pun, kejayaan tidak akan melimpah dalam diri anda. Kerana bakat, kita dapat melakukan sebuah pekerjaan yang akan membuat kita berjaya dalam hidup satu hari nanti, jikalau dilakukan dengan betul. Kejayaan dianggap sudah tercapai apabila pekerjaan yang kita lakukan berhasil. Walau sedikit mana pun, bakat membolehkan kita membuat sesebuah pekerjaan itu. Dengan sedikit bakat pun, jika seseorang itu tekun untuk belajar dan mempertingkatkan bakat yang setia ada, dia boleh berjaya melakukan pekerjaannya dengan bakatnya. Kejayaan dianggap sudah tercapai apabila pekerjaan yang kita lakukan berhasil. Ayat perangsang “Kejayaan itu satu peratus bakat dan sembilan puluh sembilan peratus kesungguhan” juga mengatakan bahawa satu peratus bakat diperlu untuk berjaya. Tanpa bakat, walau sesungguh mana kita melakukan sesuatu pekerjaan, kita akan merosakkannya sahaja bagai tikus memperbaiki labu. Lagipun, jikalau, bakat atau ilmunya sedikit, kita boleh belajar dan memperkukuhkan kelemahan kita, lama-lama tentu akan mahir dalam sesebuah pekerjaan bagai belakang parang jikalau diasah nescaya tajam.

Kejayaan hanya boleh tercapai dengan adanya gabungan bakat dan kesungguhan dalam diri kita. Tanpa salah satu faktor ini, anda akan mendapati sukar untuk berjaya dalam hidup. Bakat tanpa kesungguhan, kesungguhan tanpa bakat; kedua-dua aspek ini penting untuk membina kejayaan dalam kehidupan kita. Bakat merupakan sifat yang semula jadi dalam diri kita. Kita harus mengubah diri kita supaya kita menjadi rajin dan gigih dalam setiap kegiatan dan pekerjaan kita supaya bakat kita tidak akan disia-siakan. Gabungan bakat dan kesungguhan merupakan gabungan yang amat hebat sekali kerana gabungan inilah yang mungkin menentukan jalan hidup yang kita akan lalu pada masa yang akan datang nanti.

Apabila kita sudah berjaya, kejayaan yang kita perolehi boleh membentuk kehidupan yang kita akan melalui. Kejayaan selalu dianggapkan akan mendatangkan kemewahan hidup seperti harta benda, wang tunai dan nama, jawatan atau pangkat yang tinggi. Kita boleh menikmati kehidupan yang selesa dan mewah dengan adanya wang kerana apa yang hati kita inginkan, tentu agak mudah untuk mendapatinya bagai pucuk layu disiram hujan. Kita tidak payah bertungkus-lumus lagi untuk hidup kerana usaha dan titik peluh kita dahulu akhirnya berbaloi dan kini, kita boleh menikmati laba kejayaan kita. Tetapi, pada orang lain, kejayaan mungkin tidak dikira dengan wang ringgit. Mereka mungkin menganggap diri mereka sebagai berjaya apabila sesuatu yang mereka lakukan untuk seseorang atau sekumpulan orang mempengaruh mereka dalam cara yang baik. Contohnya , seseorang kauselor dapat meleraikan sebuah masalah keluarga dengan sesi kaunselingnya. Mereka mengganggap hasil daripada sesi-sesi ini sebagai sebuah kejayaan kerana dia telah mengubah hidup sebuah keluarga secara positif. Jadi, kejayaan bukan sahaja mendapat harta dan pangkat tetapi kejayaan juga dilihat sebagai membuat sebuah tindakan yang akan mengubah hidup seseorang secara positif .

Walau bagaimanapun, untuk kita memperolehi kejayaan, pelbagai hambatan dan cubaan yang harus kita duga dan tempuh. Kejayaan, yang seperti dikatakan pada awal karangann ini bahawa kejayaan tidak akan datang begitu sahaja, perlukan kesungguhan untuk kita menempuh hambatan sebegini. Akibat hambatan sebegini, seseorang itu akan menjadi lebih kuat berazam untuk memperjuangkan kejayaan yang kita semua diidamkan.

Kita harus menyemai sikap kesungguhan dalam hidup kita dan digabungkan bakat yang sedia ada supaya kejayaan yang diinginkan akhirnya tercapai juga.

No comments: